Wednesday, May 21, 2008

Apa masa depan anak cucuku

Setelah malayan union berjaya di gagalkan org melayu, kemerdekaan tercapai pada 1957. Untuk itu perlembagaan di rundingkan dengan semua pemimpin kaum terutama parti perikatan gabungan UMNO, MCA dan MIC. Melayu berkompromi, isu malayan union memberi kerakyatan pd kaum imigrant di terima tapi kuasa tertinggi undang-undang kepada British crown di tolak. Melayu hendakkan jaminan Agama Islam dan mereka tuan di sini, bukan british. Maka perlembagaan leletakkan Agama Islam sebagai agama rasmi tetapi lain bebas juga kompromi untuk kaum sekutu. Agong kuasa tertinggi undang-undang berikan ketuanan kepada melayu bukan lagi british. Untuk kompromi diterima sbg rakyat persekutuan tanah melayu, MCA dan MIC terima teks mengenai keistimewaan melayu sbg kaum bumiputera seperti undang-undang beritish di amerika. Perlembagaan tidak boleh di pinda dgn sah sekiranya lari dari maksud asal. Maka syariah Law tidak dapat di terima sebagai Law negara secara bulat-bulat. Ketuanan melayu maintain selagi raja sedar kedudukannya dan prihatin memajukan melayu. tapi keistimewaan mengenai org melayu akhirnya dipersoal org melayu bandar dan kaum lain KENAPA??? Sebab terhakis perpaduan kaum, kekecewaan orang melayu kerana tak rasa lagi istimewa, melayu bandar rasa dah tak adil dan malu, kononnya org melayu dah maju, persaingan ekonomi yg tak sihat, rakyat berubah kelakuan sosialis kepada kapitalis, semuanya menjurus kepada kelemahan Pemimpin!! Apabila lemah, semua org mahu campur tangan.


Politician nak tunjuk menang, rakyat malang!!

Keistimewaan melayu dalam perlembagaan tidak ada nilai ekonomi pada waktu digubal. melayu hendak beritahu ini negeri melayu, mesti dihormati, jgn diganggu dan bangsa yang kuat. Kaum lain dlm parti perikatan sanggupmenerimanya. Tetapi di protes parti pembangkang. Mereka ini telah maju di negeri negeri selat dan ragu kedudukan mereka akan terhapus. Tunku Abd Rahman kompromi kerana nak sokong politik. Singapura joint 1963 sebab nak tukar perlembagaan tetapi keluar 1965 kerana gagal. Kaum cina dari dulu lagi tak kisah dengan Agama, Raja dan status bumiputera asalkan perniagaan mereka di sokong dan tak di halang. Tetapi pembangkang syak kerajaan melayu akan halang peluang ekonomi mereka dgn dasar melayu seperti DEB. Walaupun MCA toleran dgn umno secara politik, org cina terus keluarkan pemuda yg diracuni pendapat pembangkang. Pemimpin umno akhirnya lemah kerana tak pandai dah nak terangkan dgn JUJUR dan tidak ambil pendekatan dasar perpaduan yang tegas. Sebab perlakuan jijik merekasendiri, mereka sibuk nak tunjuk kuat ego mereka, makin kaya makin kuat, gembira dgn publisiti puji pujian, kesusah org lain tak nampak sebab keliling mereka dah senang, bodohkan mereka yg berkorban di jalan KETUHANAN, mereka kaya dan terpilih sebab org lain bodoh, org susah ni kenalah susah pasai tak jadi macam mereka, tak jaga perasaan orang ramai dan bila dah kuat anggap semua org setuju dgn dia. Sebabkan abusive, org melayu di cerca dan kepimpinan dicabar semua bangsa termasuk melayu baru. Sebab yg EGO nak tunjuk kuat, benda tak dak kalau yg AMPU tak dak.

No comments: