Thursday, September 11, 2008

Pengeluar Komputer Laptop Paling Popular Masakini

image

Ternyata majoriti pembeli laptops lebih memilih “nama besar” kerana menganggapkan ianya lebih bermutu atau lebih gah untuk dimiliki. Kita boleh lihat ini kalau kita gabungkan jenama HP, Toshiba, Dell, Sony, ASUS dan Fujitsu. Kesemuanya melakukan strategi pemasaran saikologi berkaitan dengan gaya kehidupan hebat dan ‘class’. Oleh itu harganya juga antara yang termahal. Jumlah pembelinya juga lebih ramai di benua Eropah dan Amerika Utara. Pembeli utamanya adalah syarikat-syarikat dan institusi besar yang amat mementingkan citra. Mereka mengiktiraf mutu produk pengeluar besar Jepun seperti Fujitsu, Toshiba dan Sony kerana pengeluar jenama-jenama ini dikenali dengan R&D yang hebat dan telah dimasyhurkan bertaraf dunia. Pengeluaran jenama dari China, Korea dan Taiwan belum lagi berjaya menambat hati mereka walaupun hebat juga. Pengecualian kepada Acer dari Taiwan dan Lenovo dari China. Acer memasarkan dengan agresif dengan mengilangkan produk di Eropah dan Amerika untuk pasaran di sana. Lenovo dipasarkan dengan teknologi IBM.

IBM Lenovo yang dibangunkan di China belum dapat menguasai pasaran empat teratas. Ia mempunyai strategi meletak harga agak mahal sesuai dengan citra IBM dan supaya tidak dilihat sebagai barangan murahan dari China. Kalau kuasa membeli penduduk negeri China yang memang ramai itu meningkat, mungkin jenama ini mampu menduduki tempat teratas populariti.

Strategi pemasaran Acer pula lebih menjurus kepada golongan pertengahan dan ‘entry level’ yang lebih ramai. Kebanyakannya ialah ‘first time user/buyer’. Acer melakukannya dengan merekabentuk ‘housing’ laptop yang bermutu dengan isi kandungan komponen dan software yang dapat mengurangkan perbelanjaan pengguna. Dengan spesifikasi hebat tetapi harga yang jelas lebih rendah ia kerap berjaya mendapat bida pembekalan komputer kepada pelbagai syarikat dan institusi pengajian. Acer telah mendorong penurunan harga laptop dengan mendadak. Produk Acer sangat mudah dan mampu diperolehi golongan pelajar. ‘High-end’ produknya sukar bersaing dengan jenama gah lain.

Jenama lain juga bermutu tetapi pengeluarannya dalam jumlah yang kecil dan pemasarannya terhad sesuai dengan strategy pengeluarnya. Ada produk yang lehih mahal dan ada yang lebih bermutu dan ‘value buy’. Ini memberi lebih pilihan kepada pembeli yang kurang terpengaruh dengan populariti. Golongan pembelinya suka mengkaji seperti membandingkan kecemerlangan prestasi, ciri khas dan berkehendakkan ‘lain dari yang lain’. Kebanyakan ‘review’ meletakkan jenama-jenama ini di tempat atasan carta tetapi boleh diperolehi dengan harga yang lebih berpadanan. Walaupun kebanyakan produknya lebih hebat dari jenama besar seperti Sony dan HP tetapi sikap kebanyakan pembeli lebih cenderung memilih jenama besar tersebut kerana namanya yang popular.

No comments: